SENI BAHASA
KONSEP ASPEK SENI BAHASA
- Aspek seni
bahasa merujuk kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi
keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang
menyeronokkan menerusi kepelbagaian aktiviti secara didik hibur.
- Murid juga dapat
menggunakan kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan
lisan.
- Seni bahasa
memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid
melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti
bernyanyi, bercerita, berlakon dan berpuisi.
- Pembentukan
ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi
yang terdapat dalam puisi dan penulisan kreatif juga menampakkan keindahan
dan seni dalam bahasa Melayu.
- Keindahan
bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu murid
memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
OBJEKTIF ASPEK SENI BAHASA.
Objektif Aspek Seni
Bahasa adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:
- Menyebut dan
memahami seni kata lagu melelui nyanyian dengan gerak laku secara didik
hibur.
- Mengujarkan
ayat menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui penceritaan secara
didik hibur.
- Mengujarkan
dialog dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul tentang sesuatu
perkara menggunakan bahasa badan secara kreatif melalui lakonan secara
didik hibur.
- Melafazkan
pantun dua karat menggunakan bahasa yang indah dengan intonasi yang betul
dan memahami maksud pantun secara didik hibur.
PRINSIP ASPEK SENI BAHASA
- Pengajaran
Seni Bahasa mementingkan kehalusan dan keindahan bahasa.
- Pemilihan
bahan mesti sesuai dan menarik.
- Penglibatan
murid secara aktif dan menyeluruh.
- Guru bertindak
sebagai penggerak atau pembimbing yang sentiasa kreatif dan imaginative.
STANDARD KANDUNGAN DAN STANDARD PEMBELAJARAN ASPEK SENI BAHASA.
- Standard
Kandungan Aspek Seni Bahasa menentukan keupayaan murid mengungkap
keindahan bahasa, memahami dan menghargai bahasa melalui pelbagai aktiviti
seni bahasa secara kreatif.
- Guru perlu
menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini secara didik hibur
supaya dapat menarik minat murid dan membantu murid lebih berketrampilan
serta menghayati seni bahasa itu.
- Dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran seni bahasa guru harus menetapkan objektif
yang perlu dicapai oleh murid dengan merujuk standard kandungan dan
standard pembelajaran kemahiran Seni Bahasa yang disediakan.
RUMUSAN.
Aspek Seni Bahasa
merupakan salah satu komponen dalam kurikulum standard Bahasa Malaysia yang
menekankan kepada keindahan bahasa secara didik hibur. Aspek ini bertujuan membentuk
murid untuk memiliki keseimbangan dalam kemahiran-kemahiran bahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca, menulis, secara efektif melelui pelbagai kaedah
pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang bercorak didik hibur dalam seni bahasa dapat
meningkatkan penghayatan nilai dan seni dalam bahasa. Murid berkemampuan untuk
melahirkan idea secara kreatif melalui bahasa yang indah dan halus serta dapat
menghargai dalam sesuatu nilai sastera atau seni.
AKTIVITI PEMBELAJARAN DALAM ASPEK SENI BAHASA
1. Nyanyian.
1. Nyanyian.
- Membaca atau
melafazkan seni kata lagu dengan menggunakan rentak atau diiringi
muzik yang sesuai dengan murid.
- Nyanyian mampu
menimbulkan minat murid untuk mengukuhkan kemahiran bahasa, menambah
perbendaharaan kata, meningatkan pemahaman, memupuk nilai dan perasaan,
dan meningkatkan apresiasi terhadap keindahan bahasa.
- Aktiviti
nyanyian yang dicadangkan bersoal jawab tentang isi/ kosa kata, menulis
prosa, menceritakan semula isi seni kata lagu, memberi respon parafrasa,
gerakan badan dan mimik muka.
2. Puisi / Pantun Dua Kerat.
Kelompok pantun
dibahagi kepada:-
- Pantun
kanak-kanak
- Pantun cinta
dan kasih sayang
- Telatah dan
cara hidup masyarakat
- Pantun
teka-teki
- Pantun
puji-pujian/ sambutan.
- Pantun
nasihat, agama dan adat.
- Pantun
naratif/ cerita
Ciri-Ciri Pantun
1. Jenis pantun
- Pantun dua kerat
dikenali sebagai pemeo atau pantun kilat.
- Pantun empat kerat
2. Jumlah suku kata 8
hingga 12 dalam sebaris ayat.
3. Ada setiap stanza /
rangkap pantun mempunyai dua unit iaitu unit pembayang dan unit
maksud.
Contoh Pantun Dua Kerat.
Ikan keli di atas
rakit,
Gosok gigi supaya tak
sakit.
Siakap sinohong gelama
ikan duri,
Bercakap bohong
lama-lama mencuri.
Contoh Pantun Empat Kerat
Yang indah itu seni,
Yang tinggi nilainya
bahasa,
Tiada noktahnya di
sini,
Berjuanglah terus
memartabatkan bahasa.
Didik Hibur
1.0 Pengenalan
Didik hibur merupakan satu
pembaharuan yang cuba diperkenalkan kepada murid - murid sebagai kaedah
alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Malaysia. Tujuannya supaya sesi
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menjadi seronok untuk diikuti
murid- murid.Fokus pelaksanaan adalah kepada penguasaan kemahiran asas Bahasa
Malaysia dalam kalangan murid melalui pendekatan didik hibur dan apresiasi
bahasa. Penghayatan dan apresiasi juga akan diberikan kepada Kesusasteraan
Melayu untuk murid-murid sekolah menengah.
1.1 Latar Belakang Didik Hibur
Cadangan pelaksanaan
penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia bermula
apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI
dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam
Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis
Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012.Keputusan ini dibuat
berasaskan pertimbangan objektif berdasarkan kajian empirical dan saintifik,
iaitu penemuan-penemuan atas dasar kajian yang khusus yang telah dilaksanakan.
Dalam masa yang sama,
Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memberi sepenuh penumpuan dalam
penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dengan memperkenalkan 12
langkah bagi maksud berkenaan selain transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di
sekolah rendah dan menengah selaras dengan saranan Y.A.B Timbalan Perdana
Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah mengumumkan strategi untuk
memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris
(MBI) di semua peringkat persekolahan.
Penumpuan memperkasa
penguasaan Bahasa Malaysia turut ditekankan. Oleh itu,Kerajaan akan mula
melaksanakan transformasi kurikulum Bahasa Malaysia di sekolah rendah dan
menengah yang mana akan memberi fokus kepada penguasaan asas kemahiran berbahasa dalam kalangan murid melalui
pendekatan modular yang bersepadu, seimbang dan holistik merangkumi aspek
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta penguasaan tatabahasa
dan seni bahasa.Di sekolah rendah, kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan
didik hibur dan apresiasi bahasa bagi merealisasikan hasrat transformasi
berkenaan.
Manakaladi peringkat
sekolah menengah pula, transformasi kurikulum Bahasa Malaysia akan memberi
penekanan kepada penghayatan dan apresiasi aspek Kesusasteraan Melayu. Kaedah
pengajaran akan lebih interaktif, iaitu berkonsepkan didik hibur supaya
pengajarannya lebih mudah dihayati dan difahami.
1.1.1 Apa Itu Didik Hibur ?
Didik Hibur bemaksud
mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai
pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan
atau menggirangkan hati. Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur dengan
penekanan pelaksanaannya terhadap empat komponen sastera iaitu nyanyian,
bercerita, lakonan dan puisi. Oleh itu, keseronokan murid secara total dalam
mempelajari Bahasa Malaysia akan dapat direalisasikan secara terancang dan
bersistematik.
1.1.2 Ciri-Ciri
Didik Hibur
i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung
unsur kelakar,
kecindan, ada unsur estetik,
permainan muzik, lakonan dan sebagainya.
ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan
murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan
sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur
.
Justeru murid- murid sentiasa berada
dalam keadaan pembelajaran yang positif dan
tertunggu– tunggu untuk melalui
sesi pembelajaran pada hari berikutnya.
iii) Sesi pembelajaran yang penuh dengan
pelbagai aktiviti yang menarik dan
pelbagai. Menerusi aktiviti
nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh
main peranan dengan menyertai
aktiviti tersebut sambil berhibur.
Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT
dan BBM untuk
menarik penglibatan murid terhadap
pengajaran dan pembelajaran.
iv) Objektif aktiviti cenderung kepada
pelbagai cara penyelesaian masalah dan
kepelbagaian cara persembahan yang
tiada unsur kalah atau menang, tiada
ganjaran atau dendaan serta latihan
dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti
Bahasa Malaysia.
v) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti
didik hibur, tetapi yang penting berjaya
melibatkan seramai mungkin murid dan
aktivitinya bersahaja dan santai.
vi)
Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau
berpasangan
supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan
toleransi.
vii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan
pendapat dan idea secara logik tetapi terkawal
untuk memberikan satu persembahan yang menarik.
viii) Murid bebas untuk bergerak, berlakon,
menyanyi dan sebagainya tetapi terkawal.
ix) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan
komunikasi melalui bahasa tubuh.
1.1.3 Bagaimana Pelaksanaannya ?
Didik hibur dilaksanakan secara
penyerapan dalam pengajaran Bahasa Malaysia dengan berfokuskan kepada aktiviti
mengguna dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan berpantun (dua
kerat). Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai, murni,
dan kemahiran bernilai tambah yang dipelajari semasa pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia 2001).Terdapat
empat unsur penyerapan sedia ada dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu, iaitu:
i) Pelbagai bidang ilmu serta tema,
ii) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni
masyarakat Malaysia,
iii) Kemahiran berfikir secara kritis dan
kreatif, dan kemahiran bernilai tambah.
Didik hibur termasuk dalam
penyerapan jenis pertama iaitu pelbagai bidang ilmu serta tema kerana iaitu
penyerapan didik hibur menekankan empat bidang utama iaitu nyanyian, bercerita,
lakonan dan puisi. Dalam modul ini, penyerapan bermaksud proses menyerapkan
pelbagai aktiviti nyanyian, bercerita, lakonan dan berpantun dua kerat dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah dan menengah.
1.1.4 Objektif Didik Hibur
Terdapat tiga objektif
pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran Bahasa Malaysia di sekolah
rendah dan menengah, iaitu:
i) Mengguna dan memahami lirik lagu secara didik hibur;
ii) Mengguna dan memahami bahasa yang indah
dan bahasa badan dalam lakonan
dan bercerita; dan
iii) Mengguna dan memahami pantun dua kerat
secara didik hibur.
1.1.5 Apa Itu Bahasa Badan ?
Bahasa badan juga dikenali
bahasa gerak badan merupakan sebahagian daripada proses komunikasi dan ia
berperanan menunjukkan sebarang reaksi dalam perbualan sama ada positif ataupun
negatif. Ia boleh membabitkan apa jua
anggota badan seperti mata, kening, bibir, tangan ataupun lengan.
Walau bagaimanapun
pengguna perlu beringat ketika melakukan gerak badan bagi mengelakkan reaksi
tidak selesa ketika berbual. Dalam konteks didik hibur bahasa badan merupakan
‘bahasa gerak badan’ yang digunakan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian
ketika menjalankan aktiviti lakonan, bercerita, nyanyian dan berpantun dua
kerat.
1.1.6 Faktor Kejayaan Pelaksanaan Didik Hibur
a. Guru
Dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah guru adalah segala-galanya (Pullias &
Young 1982), yang akan menjalankan pelbagai peranan dalam bilik darjah (Syed
Lutfi 1994). Ini bermakna kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu
adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu
dipatuhi, iaitu:
i) Perwatakan
guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan
murid-murid.
ii) Bahasa
yang digunakan sesuai dengan tahap murid.
iii) Guru
tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak.
iv) Guru
seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik.
v) Sepatutnya
guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti.
vi) Guru
boleh membuat pelbagai suara.
vii) Boleh
memberi arahan dengan tepat dan menarik.
viii) Seorang
yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian.
ix) Guru
berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak, dan
x) Guru
atau fasilitator seorang yang fleksibel.
b. Aktiviti
Kejayaan didik hibur
secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun
terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang
aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu:
i) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang
hendak diajar.
ii) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia
ketahui berdasarkan
silang budaya yang sama.
iii) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh
pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai
atau waktu yang fleksibel.
iv) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana,
dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid
tanpa ada banyak masalah atau
halangan.
v) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke
arah permusuhan atau konflik antara murid.
vi) Sediakan peraturan yang jelas, senang,
mudah difahami atau diikuti oleh murid.
vii)
Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan
kepada mereka
yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid.
1.2 Nyanyian dalam Didik Hibur
Nyanyian merupakan salah
satu aktiviti yang disarankan dalam didik hibur yang melibatkan perkembangan
kreatif dan daya estetika. Aktiviti nyanyian yang dirancang dapat menyumbang
kepada proses perkembangan murid-murid secara menyeluruh, meliputi perkembangan
intelek, emosi, sosial dan fizikal. Dua kemahiran yang ditekankan adalah
aktiviti menyebut seni kata lagu dengan jelas, manakala kedua murid dapat
memahami seni kata lagu melalui persembahan nyanyian.
1.2.1 Aktiviti
Nyanyian
a. Definisi Nyanyian
Kamus Dewan (2000)
mentakrifkan nyanyian sebagai satu gubahan muzik yang dilagukan dengan suara.
Manakala Kamarudin Husin (1999), pula melihat aktiviti menyanyi sebagai satu
aktiviti yang berlaku dalam kehidupan sebenar dan boleh dibawa ke bilik darjah
sebagai satu kegiatan lisan yang menarik.
b. Kebaikan Aktiviti Nyanyian
i)
Menyumbang kepada kepelbagaian aktiviti bukan sahaja kepada
proses pembelajaran tetapi juga pengalaman baru murid-murid sewaktu mempelajari
bahasa. Ini mencetuskan perubahan dalam aktiviti yang lazim ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
ii)
Menyanyi adalah sesuatu yang menghiburkan. Justeru
murid-murid
berpeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan.
iii)
Menyanyi dapat mempertingkatkan motivasi kerana ia merupakan
aktiviti yang
tertumpu kepada penglibatan murid
sepenuhnya.
iv) Menyanyi
memberi peluang kepada murid-murid untuk terlibat sepenuhnya dalam
aktiviti
pembelajaran dan biasanya melibatkan seluruh bilik darjah.
v) Menyanyi
dapat membantu murid-murid mengingat kembali bahasa yang dipelajari
dengan
lebih baik berbanding aktiviti lain. Rentak, irama dan melodi semuanya boleh
menerapkan
perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak secara berkesan.
vi) Lagu juga membantu murid-murid menguasai
perbendaharaan kata, sebutan,
intonasi,
rima dan tekanan, struktur serta bentuk ayat.
vii) Nyanyian menyumbang kepada sesi pengajaran
guru yang menarik.
viii) Nyanyian memberi pengukuhan yang baik dalam
aspek kefahaman berbahasa.
c. Prinsip Nyanyian
i)
Elak memilih lagu yang tidak mempunyai susunan kata yang
betul dan salah dari segi tatabahasa. Ia
juga tidak seharusnya mengandungi bahasa pasar, kuno atau dialek negeri
tertentu. Pilihlah senikata dari
lagu-lagu yang mengandungi bahasa yang standard (bahasa baku) dan diguna pakai sehari-harian.
ii)
Sebaiknya murid sudah
mampu melagukan melodinya sebelum mempelajari lirik lagu tersebut.
iii)
Lagu yang dipilih mempunyai kelajuan yang sederhana, iaitu
tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat. Lagu yang melodinya biasa
didengar serta mudah dan senang diingat perlulah diberikan keutamaan.
iv)
Pilih lagu yang mempunyai banyak pengulangan seperti
pengulangan melodi,
perkataan dan sebagainya.
Pengulangan memudahkan murid menguasai bahasa
yang hendak dipelajari. Ini kerana
pembelajaran bukan sahaja berlaku melalui
penyampaian yang baik tetapi juga
melalui pengulangan bahan pembelajaran.
v)
Sebaik-baiknya lagu yang dipilih itu hendaklah mengandungi
cerita. Seperti kisah
seseorang yang menceritakan sesuatu perasaan, pandangan atau pendapat.
Contohnya lagu ‘Balik Kampung’ dan ‘Ayah dan Ibu’ nyanyian
Sudirman Hj. Arshad, ‘Perigi Biru’ nyanyian Dato’ M.Daud Kilau dan sebagainya.
vi) Bagi murid-murid yang berada ditahap rendah,
lagu yang dipilih perlu mengandungi
perbendaharaan kata yang terhad.
Elakkan juga memilih seni kata lagu yang ada
ayat yang pelbagai jenis kerana boleh
menganggu pembelajaran mereka.
d. Standard
Kandungan Kurikulum
Menyebut dan memahami
unsur dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.
1.1
Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui persembahan
nyanyian
secara
didik hibur.
1.2
Menyebut dengan jelas dan memahami seni kata lagu melalui
persembahan
nyanyian
secara didik hibur.
e. Prosedur Menjalankan Aktiviti
Nyanyian
( i ) Pra Persediaan
Pada tahap ini, guru harus
bijak memilih dan menentukan jenis lagu yang sesuai dengan murid serta sepadan
dengan objektif pengajaran. Pertama, tentukan tahap kesusahannya, panjang
pendek bahan, kekerapan mengulang perkataan, aspek bahasa yang hendak
ditekankan, apakah tindakan susulan, bahan bantu mengajar yang diperlukan dan
sebagainya. Jika perlu, guru kena mengubah suai atau menulis semula senikata
lagu tersebut mengikut kesesuaian.
( ii ) Penyampaian
Guru boleh memilih untuk
menggunakan kad imbasan perkataan dengan meminta murid-murid mencari maksud
atau membina ayat mudah daripada perkataan berkenaan. Seterusnya, guru
mengedarkan senikata lagu yang hendak disampaikan dan meminta murid-murid
membaca dan mengenal pasti beberapa perkataan yang susah.
Dalam masa yang sama, guru
boleh memainkan CD lagu berkenaan dan memperdengarkannya kepada murid-murid.
Buat latih nyanyian lagu
tersebut mengikut baris ke baris, sehingga seluruh perenggan itu diingat. Guru
perlu memberi perhatian kepada sebutan murid-murid. Pastikan setiap perkataan
di dalam lagu tersebut, disebut dengan betul. Setelah menyanyi beberapa kali,
guru bolehlah mengajar pula aspek bahasa yang hendak dipelajari. Terang dan
latih mereka untuk menguasai bentuk ayat,atau strukturnya.
Gunakan gambar untuk
menjelaskan maksud atau gunakan bahasa badan untuk menggambarkan makna secara
jelas dan tepat.
( iii ) Penutup
Guru menyanyikan lagu
bersama-sama murid. Bagi tujuan pengukuhan, guru boleh menguji murid-murid
secara bertulis tentang aspek bahasa yang telah diajar sebelumnya. Umpamanya
murid-murid diminta menghasilkan sebuah dialog ringkas atau cerita pendek
menggunakan kreativiti sendiri berdasarkan beberapa perkataan yang telah
dikenal pasti dalam senikata lagu berkenaan. Guru juga boleh meminta murid
untuk melukiskan gambar dalam lagu di atas sehelai kertas A4 menggunakan
lakaran pensel yang tidak berwarna.
f. Elemen Didik Hibur
dalam Aktiviti Nyanyian
i) Santai – Mendengar lagu dan membaca senikata lagu yang
digemari.
ii) Lucu – Mengubahsuai seni kata lagu mengikut
jalan tema sendiri.
ii) Seronok dan gembira – Banyak aktiviti nyanyian dan gerak
badan.
iv) Semangat mencuba – Usaha murid untuk
menghasilkan cerita ringkas daripada tema
atau perkataan dalam senikata lagu
berkenaan.
v) Tidak takut – Guru turut menyanyi
bersama-sama murid.
vi) Tidak stress – Murid berasa usaha mereka
dihargai guru dan rakan-rakan.
putraAhmad
No comments:
Post a Comment