Tuesday, 2 December 2014

PERANCANGAN PENGAJARAN

Berikut di bawah adalah petikan Surat Pekeliling Ikhtisas BIL. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3) yang menjadi satu arahan yang mesti bagi setiap orang guru di Malaysia untuk merancang dan menyediakan rancangan pengajaran bagi setiap mata pelajaran yang diajar. Sila teliti petikan kandungan surat pekeliling di bawah.
“ 3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja,
iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua, Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir”

(i) RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pengajaran Tahuan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaanyang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.
4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Petikan daripada
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999
Setiap orang guru perlu memahami arahan surat pekeliling ini dan mematuhinya. Pihak pentadbir sekolah dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat mengambil berat dan memastikan pematuhan terhadap surat pekeliling ini sentiasa dilakukan oleh pihak guru. Pemantau oleh pentadbir sekolah, daerah, negeri dan persekutuan sentiasa dilaksanakan untuk memastikan arahan ini dipatuhi. Tindakan boleh diambil oleh KPM sekiranya guru tidak mematuhi arahan ini.
Perancangan pengajaran perlu dilakukan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan lancar tanpa gangguan dan guru perlu merancang dalam pengajaran dengan baik. Hasil kajian mendapati punca kegawatan tingkah laku pelajar, prestasi rendah pelajar di sekolah-sekolah adalah berpunca daripada pengajaran tidak dirancang dengan baik dalam bilik darjah. Kemahiran dan kecekapan guru dalam perancangan menguruskan bilik darjah akan dapat menghindari pengajaran dan pembelajaran yang tidak efektif. Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah pemangkin kepada kecemerlangan murid bagi melahirkan modal insan yang seimbang daripada segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Penyediaan rancangan pengajaran memerlukan ketelitian dan kreativiti guru. Proses ini boleh dilakukan secara berkumpulan di dalam panitia mata pelajaran masing-masing. Model perancangan yang sesuai seperti plan, do, check and  act boleh digunakan sebagai garis panduan penyediaan rancangan pengajaran.

Plan (Rancang)
Aktiviti pengajaran yang dirancang dengan rapi dan sistematik dapat mengelakkan pelaksanaan secara ad-hoc. Guru tidak boleh meniru aktiviti pengajaran daripada rakan-rakan lain semata-mata. Guru perlu menyemak Sukatan Pelajaran sesuatu mata pelajaran disamping menjadikan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) sebagai panduan untuk merancang aktiviti pengajaran yang lebi kreatif dan inovatif. Rujuk HSP supaya semua kemahiran yang perlu dikuasai oleh seseorang murid telah dicakupi dalam perancangan pengajaran masing-masing.

Do (Buat)
Setelah perancangan dihasilkan, guru mesti melaksanakan dengan sepenuhnya. Peringkat ini adalah paling penting dan kritikal kerana dapat menentukan kejayaan setiap perancangan.

Check (Semak)
Semakan perlu dilakukan oleh guru-guru supaya perancangan yang telah dilakukan mencapai objektifnya. Kemungkinan objektif perlu dibuat penambahbaikan supaya sesuai dengan murid dan persekitaran pembelajaran. Kaedah penilaian juga begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran, oleh itu, semakan perancangan dapat menambah baik lagi aktiviti penilaian yang telah dirancang supaya mencapai objektif seperti terkandung dalam sukatan pelajaran. Pentadbir sekolah sebagai pemimpin instruksional perlu memantau setiap perancangan pengajaran yang telah disediakan oleh guru. Sebagai pentadbir, mereka perlu memberikan pandangan dan nasihat kepada guru supaya mematuhi setiap perancangan yang telah dibuat sebelumnya.

Act (Bertindak)
Tindakan yang seharusnya diambil oleh setiap guru adalah apabila mendapati perancangan yang telah dibuat tidak mencapai sasaran atau wujud kelemahan. Oleh itu, panitia mata pelajaran seharusnya memainkan peranan yang penting bagi membuat tindakan susulan terhadap kelemahan dan kekurangan dalam perancangan yang telah dibuat. Apa yang berlaku di sekolah ialah tindakan ini tidak berlaku, malah proses menyemak sama ada perancangan yang telah dibuat juga tidak dilaksanakan. Perancangan pengajaran yang digunakan oleh guru adalah perancangan yang telah dibuat sekian lama dan digunakan berterusan dengan menukar tarikh sahaja.

Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT)
Rancangan Pengajaran Tahunan adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula dimana ia berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi setiap mata pelajaran yang diajar oleh setiap guru.
Rancangan Pengajaran Tahunan merangkumi skop berikut :
         Kemahiran bagi setahun.
         Senarai kemahiran-kemahiran.
         Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
         Rujukan sukatan pelajaran.
Rancangan Pengajaran Tahunan adalah sebagai satu panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Disamping itu RPT dapat mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam  sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu. Penyediaan RPT juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik dalam sesuatu mata pelajaran teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid. Penyediaan RPT memudahkan guru pengganti menggambil alih tugas guru yang sebelumnya untuk meneruskan pengajaran. Selain itu RPT juga menjadi panduan kepada guru untuk menyelaras dan menyediakan soalan ujian bulanan dan peperiksaan. Guru dapat menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah sekiranya RPT disediakan dengan jelas dan lengkap.





Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu rekod khas yang disediakan lebih awal oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Rancangan Pengajaran Harian ini dibina sebagai panduan kepada para guru untuk mengajar dengan lebih sistematik dan efektif serta mampu untuk mencapai objektif pengajaran. Dokumen ini sangat penting dan berguna supaya guru dapat menyampaikan input pembelajaran kepada para murid dengan teratur. Selain itu RPH adalah bahan bukti bahawa guru telah membuat perancangan rapi terlebih dahulu sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di blik darjah. Rancangan Pengajaran Harian yang dibina perlu merujuk kepada Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT), Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP). Maklumat yang perlu dicatatkan dalam RPH adalah hari dan tarikh, mata pelajaran dan kelas, masa, tajuk dan objektif, kemahiran yang ingin dicapai, aktiviti yang dijalankan serta impak atau refleksi. Guru boleh merujuk kepada SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999 bagi tujuan penyediaan RPH untuk memenuhi keperluan pekeliling tersebut.
Terdapat perbezaan format RPH yang perlu disediakan oleh Guru Pelatih dengan guru terlatih. Guru pelatih menggunakan format RPH yang lebih mendalam. Setiap institusi latihan perguruan mempunyai format yang tertentu bagi penyediaan RPH oleh guru pelatih masing-masing.


Kepentingan RPH
Penyediaan RPH dalam kalangan guru dapat mengelakkan penyelewengan atau terkeluar daripada topik atau sub topik semasa pengajaran dilakukan. Oleh kerana pengalaman dan penguasaan isi kandungan guru adalah berbeza antara satu sama lain maka dengan adanya RPH, persamaan daripada segi maklumat yang disampaikan akan dapat dilakukan. Guru dapat menggunakan kreativiti masing-masing semasa merancang aktiviti pembelajaran yang akan dilaksanakan. Siri aktiviti yang dirancang ini akan membolehkan perubahan tingkah laku dan penguasaan isi kandungan mata pelajaran yang disampaikan. Objektif atau hasil pembelajaran yang telah dirancang dalam RPH menjadikan pengajaran dan pembelajaran sentiasa tertumpu dan guru dapat melaksanakan penyampaian maklumat dan isi kandungan dengan lebih tersusun dan berfokus.
Pengurusan masa menjadi faktor yang penting dalam aktiviti pengajaran sebab jadual waktu pengajaran bagi setiap mata pelajaran adalah begitu terhad dan ketat. Oleh itu RPH akan membantu guru menguruskan masa dengan lebih cekap.
Aktiviti pengajaran yang telah disusun dalam RPH membantu guru menyampaikan isi kandunag pelajaran dengan mudah. Penyusunan sub topik daripada mudah ke sukar membolehkan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran yang disampaikan dengan mudah dan jelas.
Penggunaan teknologi pendidikan juga dapat dimanfaat dengan optimum apabila perancangan dilakukan dengan baik. Guru boleh memikirkan apakah teknologi yang akan diintegrasikan dalam pengajaran semasa mereka menyediakan RPH. Guru boleh memeriksa sama ada media yang sesuai dapat diintegrasikan dalam pengajaran terdapat di Pusat Sumber Sekolah (PSS).
Berdasarkan pepatah ini, maka bererti bahawa sesuatu perancangan itu amat memainkan peranan penting terutamanya dalam bidang perguruan. Mungkin ada yang mengatakan kegagalan merancang pengajaran mengakibatkan murid tidak mencapai apa yang sepatutnya dicapai adalah lebih teruk jika dibandingkan dengan kegagalan seorang jurutera dalam merancang sesuatu projek, misalnya.
Di dalam  tajuk ‘ Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah’ ini, bakal dihuraikan tentang Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester, Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran Harian, Penyediaan Rancangan Tahunan dan Semester serta Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
Setiap daripada  insan yang bergelar seorang guru amat menyedari bahawa setiap pengajaran yang bakal dilaksanakan perlulah melalui proses perancangan terlebih dahulu. Tidak kira sama ada guru tersebut telah berpengalaman lama mahu pun guru yang baru, perlulah membuat perancangan yang teliti untuk mencapai kejayaan dalam pengajarannya seterusnya dapat mencapai objektif sesuatu kurikulum.
Berikut ialah kerangka konsep di bawah tajuk ‘Perancangan Pengajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah’ :

PERANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan Tahunan/Semester adalah berdasarkan takwim minggu persekolahan. Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini perlu disediakan pada awal tahun atau awal semester sebelum sesi persekolahan bermula yang mana ianya berfungsi sebagai panduan bagi perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan ini perlu dibuat untuk tempoh satu tahun bagi satu-satu mata pelajaran.


“ 3. Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja,
iaitu (i) Rancangan Pelajaran Tahunan, dan (ii) Rancangan Pelajaran Harian. Pengetua,Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir”


(i) RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Rancangan Pelajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


(ii) RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran
Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,
cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana
objektif itu tercapai.
4. Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk
yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikernukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa. Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan dan Rancangan Pelajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.
Petikan daripada
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999


Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester merangkumi hal-hal yang berikut :
1.Skop kemahiran bagi setahun
2.Senarai kemahiran-kemahiran
3.Skop pelajaran yang perlu , untuk menguasai kemahiran-kemahiran tersebut.
4.Rujukan sukatan pelajaran.
Persoalannya mengapakah Rancangan Pengajaran Tahuanan/Semester ini amat penting bagi seseorang pelaksana kurikulum? Mengapakah dokumen ini amat dititkberatkan oleh kementerian? Menjawab persoalan ini ialah :
Sebagai medium panduan yang menyeluruh kepada semua guru dalam melaksanakan sesuatu pengajaran.
Turut bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya pemesongan topik dalam  sesuatu pengajaran demi mencapai matlamat mata pelajaran tertentu.
Penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga bertujuan untuk memastikan susunan topik-topik agar teratur mengikut perkembangan dan kebolehan murid-murid.
Selain itu, penyediaan RPT ini adalah untuk memudahkan guru pengganti menggambil alih  tugas guru yang sebelumnya  tanpa teraba-teraba untuk meneruskan pengajaran.
Dalam masa yang sama, Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester juga berperanan sebagai penyelaras bagi penyediaan soalan untuk ujian bulanan dan peperiksaan.
Terakhir ialah Rancangan Pengajaran Tahunan/Semester ini dapat membantu guru untuk menyemak topik yang telah diajar dan topik yang akan diajar dengan lebih mudah.


  
1.2 RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN HARIAN
Defenisi Rancangan Pelajaran Harian
“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai”
Petikan daripada
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
KP (BS) 8591/Jilid XV/ (3)
9 Mac 1999
Dalam erti kata lain, Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang tersusun dan terperinci yang mengandungi beberapa elemen yang perlu ditulis bagi bertujuan memudahkan guru mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Elemen yang perlu ada dalam Rancangan Pengajaran Harian :
1.  Kumpulan sasaran (Kelas)
2 . Tarikh dan masa
3.  Mata pelajaran
4.  Tema/Tajuk
5.  Bidang pembelajaran
6.  Tujuan
8.  Hasil pembelajaran : kognitif, psikomotor dan afektif.
9.  Konsep utama
10.  Bahan, peralatan dan bahan sumber.
11.  Langkah keselamatan/berjaga-jaga
12.  Strategi/Aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
13.  Penaksiran dan penilaian pembelajaran.

Berikut adalah kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :-
1.      Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran  tercapai.
2.      Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar.
3.      Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak      diajarkan.
4.      Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan.
5.      Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran  yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
6.      Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem.
7.      Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai.
8.      Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.
9.      Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu.
10.  Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.



PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN.
1.4.1 Tindakan semasa merancang Rancangan Pengajaran Harian.
Semasa merancang, anda digalakkan menumpukan perhatian kepada kejayaan pengalaman pembelajaran murid berbanding penyampaian isi kandungan. Ini adalah bertujuan memastikan agar murid dapat mencapai hasil pembelajaran yang dihasratkan. Rancangan pengajaran memandu tindakan dan oleh itu, ianya perlu fleksibel dab boleh diubah mengikut keperluan.
Guru-guru mestilah memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang berikut :
1.  Menyediakan rancangan pengajaran harian berdasarkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.
2.  Penulisan hasil pembelajaran/objektif
3. Objektif pembelajaran perlulah realistik dan sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid-murid.
4. Perlulah merangkumi tiga aspek iaitu situasi, tingkah laku murid dan tingkat pencapaian murid.
5. Objektif implisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui atau menghargai sesuatu yang telah diajar.
6. Objektif eksplisit : melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh, menunjukkan cara yang betul terhadapan apa yang telah diajarkan.
Pernyataan objektif  pengajaran hendaklah ditulis berasaskan 3 kriteria
i.    Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur.
ii.   Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku.
iii.  Hasil yang akan murid perolehi.

  Pemilihan isi pelajaran
Isi pelajaran hendaklah merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau maklumat yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru seharusnya mempertimbangkan perkara-perkara berikut.
i.    Penyusunan isi adalah relevan dengan objektif-objektif pelajaran.
ii.   Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur, mudah difahami         serta membantu ingatan yang lebih kekal.
iii.  Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia ada murid kepada
      pengalaman baru murid.
iv.  Bahasa  yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan.
v.   Isi pelajaran yang dirancang hendaklah mengcakupi masa yang diperuntukkan.
vi.  Isinya perlu dikemaskini mengikut perkembangan semasa.
  Pemilihan strategi, kaedah, teknik dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Rancangan Pengajarann Harian boleh dibina berasaskan beberapa pendekatan atau teori pembelajaran tertentu seperti pendekatan konstruktiviti, inkuiri, dan masteri. Rancangan pengajaran yang mengintegrasi ketiga-tiga pendekatan ini mampu memanfaatkan kekuatan setiap pendekatan bagi menghasilkan sebuah rancangan pengajaran yang mantap dan berkesan.
Strategi merujuk kepada pemilihan pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik-teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan.Berikut adalah garis panduan yang boleh digunakan ketika memilih strategi pengajaran :-
i.   Berupaya untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
ii.  Perlu dipelbagaikan agar dapat mengekal minat murid-murid
iii. Haruslah berpusat kepada murid-murid dari segi minat, keperluan dan aktiviti.
iv.  Boleh menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bermakna, mendorong dan menyeronokkan.
v.  Turut perlu mengambil kira penggabungjalinan kemahiran-kemahiran seperti membaca, mengira, menulis dan melukis.
vi. Berupaya mencakupi unsur penyerapan isi daripada beberapa bidang pelajaran dan penerapan nialai-nilai murni.
Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria di samping ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan pada hari ini.
Syukur alhamdulillah, hari ini saya punya kesempatan untuk berbicara sedikit mengenai persediaan seorang guru sebelum masuk ke dalam kelas.
Sebagai seorang guru, pastinya anda sedia maklum akan jumlah murid, kerenah, kelakuan dan pengetahuan anak didik masing-masing. Justeru, persediaan yang mencukupi sebelum masuk ke kelas akan menjamin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Ramai guru yang masuk ke kelas dengan pelbagai persediaan termasuk bahan bantu mengajar. Tak kurang juga yang masuk sekadar bermodalkan air liur. Tidak kira apa pun yang dibawa masuk oleh guru di dalam kelas, yang penting pengisian dalam pengajaran dan pembelajaran saling memberi manfaat terhadap guru dan murid.
Zaman sekarang ramai yang berkata sudah tidak ada istilah ‘cakap dan tulis’ lagi. Mengapakah isu itu dianggap serius di sesetengah sekolah? Adakah pengawai yang memantau memandang guru tidak mengajar untuk ke kelas?
Ada sesetengah guru membawa masuk banyak bahan di dalam kelas, namun tidak semua bahan yang digunakan dapat dimanfaatkan oleh anak murid. Jika dimanfaatkan pun, sekitar 15 minit sahaja. Selebihnya menjadi bahan gelak ketawa murid.
Tidak dinafikan ada guru yang sangat kreatif. Bahan yang digunakan dapat membentuk kecerdasan minda murid. Ada guru pula bermodalkan air liur untuk menyuntik semangat murid menguasai pelajaran. Semua itu sebenarnya dipertanggungjwabkan ke atas diri guru itu sendiri.
Tanpa adanya persediaan yang baik sebelum ke kelas, sesi pengajaran akan menjadi lain dan tidak sama seperti yang tertulis dalam buku rancangan mengajar. Maka, adalah suara sumbang dalam kalangan murid yang akan berkata ‘bosan’, situasi murid kerap menguap kerana guru banyak cakap kosong, atau penerangan secara teori tanpa praktikal. Tidak kurang juga ramai murid yang akan minta kebenaran untuk ke tandas bagi mencuci muka.
Tanpa persediaan, guru akan lebih banyak bersidai di meja berbanding bergerak ke sekitar memantau aktiviti murid. Dalam kelas pemulihan, saya mengajar secara duduk dengan murid dalam kumpulan, ada kalanya saya akan berbaring bersama murid dalam kumpulan bergantung kepada situasi. Namun, jika di lihat oleh orang luar, pasti akan timbul pelbagai persoalan kenapa cara saya mengajar begitu? Nah, itulah hebatnya kelas pemulihan!. Fikirkan.
Guru mempunyai tanggungjawab bukan sahaja di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Di sesetengah sekolah, guru juga merangkap kerani, tukang kebun, doktor, pegawai penyiasat dan segala macam tugas yang guru kena lakukan. Justeru, ada kekangan untuk guru menyediakan bahan secukupnya sebagai persediaan untuk ke kelas.

Namun, andai faktor itu disahut sebagai cabaran, pasti tidak timbul isu guru tertekan atau terbeban dengan tugas yang terpikul di bahu.

No comments:

Post a Comment