Falsafah pendidikan
Falsafah
pendidikan negara amat menekankan kesepaduan antara empat unsur utama iaitu
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Namun mengapakah seringkali kita
bertemu dengan perlakuan pelajar yang tidak selari dengan ilmu dan akhlak mulia
yang diterapkan di dalam bilik darjah. Ketika berada di dalam kelas, pelajar
seringkali berasa bosan terutamanya bagi subjek yang tidak disukainya.
Berbanding apabila berada di luar bersama rakan sebaya mereka berasa seronok
dan dapat meluangkan lebih banyak masa berbanding masa belajar. Ini menunjukkan
pengaruh tidak formal amat mempengaruhi pelajar. Apatah lagi apabila bergelar
pelajar IPTA atau IPTS, kebanyakan
daripada mereka sudah tinggal berjauhan dari keluarga.
Mereka
melalui tahap berdikari di mana majoritinya tinggal di rumah sewa
bersama-sama rakan
sebaya. Oleh itu, guru atau pensyarah adalah insan yang paling hampir dengan pelajar.
Perkaitan Sikap dan Tingkah laku
Dengan Konsep Kendiri
Dalam dunia pendidikan yang
semakin mencabar, bukan mudah ibu bapa dan guru memainkan peranan mengubah
sikap dan tingkah laku seseorang kanak-kanak atau murid. Pelbagai nasihat dan
dorongan telah diberi namun individu tersebut masih juga bersikap acuh tak acuh
terhadap apa jua nasihat dan teguran yang diberi.
Keluhan ibu bapa dan komen
daripada guru perlu dijadikan sandaran untuk kaunselor bertindak bijak berasaskan
senario ini. Mengapa nasihat tidak memberi sebarang bekas kepada tingkah laku
murid di sekolah? Adakah generasi X ini
merupakan individu yang sukar dibentuk atau ibu bapa atau guru yang kurang
memahami tuntutan mereka?
Ahli-ahli psikologi mengatakan bahawa pembentukan sikap dan tingkahlaku seseorang individu ada kaitannya dengan konsep kendiri. Justeru nasihat yang diberi dikatakan tidak dapat mendorong seseorang itu mengubah konsep kendiri mereka.
Sebagai contoh, "
Kamu mesti buat banyak latihan kalau nak
lulus dalam matematik tidak dapat mengubah konsep kendiri murid itu yang percaya
bahawa ia sememangnya lemah dalam matematik. " Nasihat yang diberi juga
gagal mendorong murid membuat ramalan-ramalan positif tentang peluangnya untuk
lulus dalam
matematik pada masa hadapan. Malah ia mengukuhkan lagi ciri-ciri negatif dalam diri seseorang bahawa ia sememangnya lemah dalam subjek tersebut. Perubahan sikap, pemikiran dan tingkah laku hanya berlaku sekiranya seseorang itu mengubah konsep kendirinya. Jika nasihat-nasihat yang diberikan selaras dengan konsep kendiri individu itu, individu itu akan berubah dengan sendirinya.
matematik pada masa hadapan. Malah ia mengukuhkan lagi ciri-ciri negatif dalam diri seseorang bahawa ia sememangnya lemah dalam subjek tersebut. Perubahan sikap, pemikiran dan tingkah laku hanya berlaku sekiranya seseorang itu mengubah konsep kendirinya. Jika nasihat-nasihat yang diberikan selaras dengan konsep kendiri individu itu, individu itu akan berubah dengan sendirinya.
Contoh Teladan
Guru adalah merupakan
seorang insan yang sentiasa diperhatikan oleh seluruh ahli masyarakat. Setiap
tingkah laku, gerak geri dan aktiviti yang dilakukan akan dinilai oleh semua
orang, terutamanya anak didik di sekolah masing-masing.Tugas guru bukan sekadar
menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata, malahan tingkah laku dan amalan baik
mereka akan sentiasa menjadi ikutan dan rujukan oleh semua pihak. Walau pun
penghormatan terhadap guru pada suatu masa dahulu adalah begitu dimuliakan oleh
ahli masyarakat, namun masa kini masih lagi masyarakat menyanjung guru.
Guru menjadi ibu bapa 'sementara' kepada murid semasa mereka berada di sekolah.Sekiranya amalan, perbuatan dan tingkah laku baik mereka disaksikan oleh murid, maka ianya akan menjadi ikutan dan dihormati. Sekiranya guru berpakaian yang sopan dan sesuai, bertutur dengan sopan, maka murid akan meniru contoh amalan yang baik ini. Maka wajarlah guru itu dikatakan USWATUN HASANAH sekiranya mereka memilih mengerjakan yang terbaik dan mengajak kepada kebaikan melalui teladan.
Orang yang melakukan sesuatu kebaikan akan memperolehi pahala yang sama dengan orang yang mengikutinya. Oleh itu sekiranya contoh teladan yang baik dan menepati kehendak Islam itu diikuti secara berterusan oleh orang lain,
Guru menjadi ibu bapa 'sementara' kepada murid semasa mereka berada di sekolah.Sekiranya amalan, perbuatan dan tingkah laku baik mereka disaksikan oleh murid, maka ianya akan menjadi ikutan dan dihormati. Sekiranya guru berpakaian yang sopan dan sesuai, bertutur dengan sopan, maka murid akan meniru contoh amalan yang baik ini. Maka wajarlah guru itu dikatakan USWATUN HASANAH sekiranya mereka memilih mengerjakan yang terbaik dan mengajak kepada kebaikan melalui teladan.
Orang yang melakukan sesuatu kebaikan akan memperolehi pahala yang sama dengan orang yang mengikutinya. Oleh itu sekiranya contoh teladan yang baik dan menepati kehendak Islam itu diikuti secara berterusan oleh orang lain,
maka orang yang melakukan contoh teladan yang
baik itu akan mendapat pahala berterusan sekali pun dia sudah meninggal dunia.
Ciri-Ciri Pendidik Unggul
Secara
umumnya para ilmuan Islam telah menggariskan beberapa ciri pendidik unggul.
Adalah menjadi kewajipan kepada semua pendidik untuk berusaha memenuhi kesemua
ciri ini dan seterusnya mendapat keberkatan dari Allah Subhanahuwataala pada
setiap perkara yang dilakukan. Ciri-ciri ini dapat disimpulkan seperti
berikut:-
Mudarris
Mudaris
berasal dari perkataan arab yang bermaksud mengajar ataupun pengajaran.
Pendidik hendaklah bertanggungjawab menyampaikan ilmu kepada pelajarnya yang boleh
membina pemikiran, rohani, jasmani,emosi dan juga sosial..
Mualim
Pendidik
sebagai mualim boleh didefinasikan sebagai mengajar atau menyampaikan limu
kepada orang lain dan mengamalkan apa yang disampaikan. Mualim mempunyai rasa
belas kasihan kepada pelajar dan menganggap mereka seperti anak sendiri. Mualim
mengajar kerana Allah dan bukannya
kerana ganjaran dan tidak mengharapkan balasan.
Murabbi
Murabbi
bermaksud memperbaiki, memimpin dan mentadbir. Pendidik sentiasa menyayangi
pelajar dan menasihati dan membimbing dalam pembentukan sahsiah mereka.
Pendidik juga adalah kaunselor dan penyebar nilai budaya yang elok dan menjadi
contoh kepada pelajar.
Muaddib
Muaddib
bermaksud mendidik ke arah memperelokkan lagi akhlak pelajar. Pendidik yang
muaddib merupakan individu yang bertanggungjawab dan melaksanakan pendidikan
peradaban dalam pengertian yang luas dan mendalam terhadap peribadi dan kehidupan
pelajar.
Muaddib
seorang yang memberi ilmu dan mendidik mereka dalam akhlak dan adab yang baik. Pendidik juga mendidik pelajar agar
tidak merendahkan ilmu pelajaran lain selain dari yang diajar olehnya. Pendidik
mendidik pelajar melalui akhlak yang baik daripada hanya penyampaian secara
teori sahaja.
Murshid
Pendidik
yang mursyid bermaksud sebagai membimbing jalan hidup yang benar dan betul
dengan nilai dan sikap yang benar dan berperanan sebagai hamba Allah dan
khalifahNya dimuka bumi. Mursyid menunjukkan kepada jalan yang benar dari sudut
ilmu kesufian dan memberikan petunjuk kepada jalan yang lurus. Pendidik
mempunyai tingkah laku baik dan terpuji, bersih dari akhlah tercela, tidak
taasub atau fanatik, zuhud pada amalan dan perbuatan dan mempunyai tokoh
kepimpinan. Syarat untuk menajdi pendidik yang mursyid
ialah beliau mestilah alim dari segenap perkara atau disiplin ilmu, menyimpan atau menutup keaiban
pelajar-pelajarnya dan pengajaran terkesan di dalam hati pelajar.
Kesemua
ciri-ciri seorang pendidik unggul seperti di atas perlulah diamalkan secara
berterusan dan dengan penuh iltizam. Pendidik perlu ada sifat mendidik pelajar
kerana Allah, berperibadi mulia, menjaga kehebatan dan kehormatan diri,
memiliki ilmu dan kaedah pengajaran dan bersifat kasih sayang. Bukan itu sahaja
ciri-ciri ini perlu diamalkan dan diserlahkan dari semua aspek termasuk
kepimpinan, profesionalisme, tingkahlaku, pembudayaan kualiti dan khidmat
masyarakat.
Langkah Memelihara Akauntabiliti
Seorang Pendidik
Peribadi Mulia
Pendidik
bukan sahaja menjadi ”role model” atau pun ikutan kepada pelajar menerusi sifat
spiritual seperti ikhlas, jujur, sabar, kasih sayang, warak dan takwa, bahkan
menerusi sifat-sifat fizikal atau lahiriah seperti tutur kata, tingkah laku,
kebersihan diri, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain. Justeru itu, bagi
mencapai keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran serta pembentukan
peribadi mulia, Islam mengutamakan tutur kata, tingkah laku yang baik dan
nasihat berguna serta menarik.
Hal ini
dapat dilihat jika kita merujuk dakwah yang dijalankan oleh Nabi Musa dan Nabi
Harun, ketika mereka menyampaikan seruan agama kepada Firaun yang amat zalim
seperti yang difirmankan oleh Allah dalam al-Quran surah thaha ayat 43 yang
bermaksud:-
”
Pergilah engkau berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia derhaka. Katakanlah
kepadanya perkataan yang lemah lembut, mudah-mudahan ia akan dapat pengajaran
atau takut kepada tuhan”.
Menjaga Kehebatan dan Kehormatan diri
Sudah
menjadi tanggapan masyarakat mahupun pelajar bahawa seorang pendidik adalah
seorang yang mempunyai kehormatan diri dan kehebatan ilmu pengetahuan. Oleh
itu, sudah semestinya pendidik untuk beramal dan berpegang teguh dengan ilmu
yang dimilikinya. Setiap amalan mestilah dilakukan dengan istiqamah dan seterusnya
menjadikan diri untuk lebih bertakwa kepada Allah Subhanahuwataala. Pendidik
tidak sepatutnya melakukan perkara yang berlawanan dengan ilmu yang dimiliki
kerana ini akan menjatuhkan kehormatan diri dan mengurangkan rasa hormat
pelajar kepadanya. Hal ini telah dirakamkan oleh Allah Subhahanahu Wataala di
dalam surah al-Maidah ayat 44 yang bermaksud:-” Adakah patut kamu menyuruh
manusia membuat kebajikan dan kamu lupakan diri kamu sendiri sedangkan kamu
membaca kitab Allah, tidakkah kamu berakal”.
Memiliki ilmu dan kaedah pengajaran
Pendidik
sememangnya perlu memiliki ilmu yang mantap dan mendalam dalam bidang yang
diceburi. Pelajar akan lebih yakin dan mudah menerima ilmu yang disampaikan
sekiranya pendidik benar-benar menguasai ilmu tersebut. Selain itu, pendidik
juga perlu kreatif dan inovatif dalam menggunakan kaedah atau teknik pengajaran
berkesan. Dalam dunia moden masa kini, pendidik perlu arif dalam penggunaan
teknologi dan dalam masa yang sama sentiasa mempelbagaikan teknik pengajaran
agar lebih berkesan dan menarik minat pelajar.
Bersifat kasih sayang
Pelajar
merupakan golongan yang masih muda dan perlukan perhatian oleh pendidik mereka.
Oleh itu pendidik mesti mempunyai sifat kasih kepada pelajar dan menganggap
mereka seperti anak sendiri. Dengan sifat ini, pelajar akan lebih mudah
mendekati pendidik dan dapat meluahkan masalah mereka. Sifat ini juga akan
dapat menerbitkan suasana mesra di antara pelajar dan pendidik dan seterusnya
akan memudahkan lagi proses pentarbiyahan dan pembentukan peribadi mulia.
Penutup
Secara
umumnya, seorang pendidik harus mencapai martabat seorang pendidik iaitu
murabbi, mudarris, mualim, muaddib dan mursyid. Kedudukan seorang pendidik yang
mursyid menjadikan setiap ilmu pengetahuan yang disampaikan akan menjadi lebih
berkesan dan mudah diterima oleh para pelajar. Terdapat beberapa ciri utama
seorang pendidik yang membolehkan mereka dapat membimbing pelajar dengan baik
dan berkesan. Ini termasuk mendidik kerana Allah, berperibadi mulia, menjaga
kehebatan dan kehormatan diri, memiliki ilmu dan kaedah pengajaran dan bersifat
kasih sayang.
Akauntabiliti
seorang pendidik merupakan perkara yang amat penting untuk dipelihara oleh
setiap pendidik dan ini meliputi dari aspek kepimpinan, profesionalisme dan
ketelusan serta kerahsiaan.
Akauntabiliti pendidik mesti dipelihara demi
menjamin keutuhan institusi keilmuan yang sememangnya dipandang tinggi oleh
Islam.
Terima
kasih dan doa kepada semua guru-guru dan pensyarahku, semoga Allah menempatkan mereka
di kalangan para solihin di dunia dan akhirat.
Amin.
"Guru
adalah ikutan dalam kebaikan bagi pelajar-pelajarnya, uswah hasanah (contoh teladan) bagi
murid-muridnya dan yang sentiasa mencintai dan menjaga mereka." (Dr Aidh
Abdullah al-Qarni)
No comments:
Post a Comment