HAPPY CHINESE NEW YEAR
Masa tu dlm jam 8.50pm....
Ketika menunggu isteri dan anak membeli barang di sebuah kedai speed 99
di pekan Tg.Karang Selangor....
saya dlm kereta sambil mendengar radio dan terpandang seorang apek
lingkungan umur 60an naik basikal dan berhenti betul2 di hadapan saya
parking...
Yang menarik perhatian saya basikal yg dinaiki itu cukup versatile. Apek
tu pun berhenti, sy melihat aksi apek tu yg cukup prihatin tentang keselamatan
basikalnya..apek merantai dan memangga basikal kesayangannya itu. wah, bagus
apek tu, fikirku!.
Tanpa sy sedari apek tadi lenyap dari pandangan sy kerana asyik melihat
basikal yg diikat rantai tu..
saya dah mula rasa bosan menunggu. Saya matikan enjin dan buka tingkap
kereta menyedut udara luar yg agak berangin masa tu.
Tak lama kemudian kelihatan apek tadi membawa plastik berisi tepung.
Sayapun menyapa apek tu,
"hi uncle, cantik basikal uncle " tanyaku. Apek tu
senyum dan memberitahu bahawa dia telah menjaga basikalnya selama hampir 40
tahun. mulalah saya sembang dengan apek ni.
"uncle rumah mana?
uncle jawab dia tinggal di Bagan Pasir, Agak jauh juga dr pekan Tg.
Karang ni. Tp masih mampu mengayuh basikal, matanya juga masih boleh nampak
jelas.
"saya selalu angkat barang sini woo.. " katanya.
" uncle beli apa?"
" wa beli tepung mau bikin kueh mau laya(raya)"
jawabnya.
"sapa bikin kueh uncle" tanyaku lagi.
" wa bikin loo" selambe..
bagus apek ni buat kueh sendiri.
"wa bikin kueh sendiri mau laya, anak2 pun suka
makan.."katanya.
Apek ni ada 5 org anak 3 perempuan 2 lelaki. 2 drp anaknya bekerja
sebagai pramugari, seorang anak lelaki bisnes kereta di pulau pinang, seorang
lagi berniaga di teluk intan. Manakala seorang lg masih belajar di us..
perghh.. dasyat apek ni!,
"uncle, anak2 semua keje bagus lagi mau bikin kueh ka?"
tanyaku.
sambil geleng kepalanya dia cakap " kueh sekalang tala sedap,.makan
sikit2 adala".
Anak2nya bila balik akan bawa banyak kueh mueh pelbagai tp dia kurang
makan katanya.
"uncle beli 3beg (3kg) tepung bikin kueh cukup ke?" tanyaku
lg.
"suda banyak la.. habis nanti beli lg"jawabnya.
saya terus bertanya kenapa apek ni tidak naik kereta atau motosikal? dia
jawab, tak pandai naik kenderaan bermotor. Kalau mahu jalan2, anak2nya akan
membawa apek ni bercuti bersama mereka.
tapi dia kata penat woo suda tua jalan2 badan sakit, baik duduk
rumah.
Pertemuan singkat dengan apek tua yg kuat semangat, biarpun mampu untuk
berkenderaan bermotor tetapi tetap memilih basikal sbg kenderaan utk bergerak
semahunya.
Sanggup menyediakan kueh kegemaran anak2nya sejak dr dulu tanda kasih
syg bapa pd anak2nya.
Yang respec kat apek ni, anak2nya boleh dikatakan berjaya dlm bidang
masing2.
Harap dia gembira di Chinese new Year bersama anak2nya.
cuba anda fikirkan...